Kerana hati nya yang telah hitam legam Berkata suatu hari si Hati kepada si Otak Mari lah kawan ku kita binasakan si Kaki Kerana dia hina sekali dan tidak berguna Dan duduknya bawah sekali diantara kita Si Otak berfikir dan mengatakan tak boleh Kerana Kaki yang membawa mereka berjalan Si Hati berkata tak apa, dunia dah serba canggih Tak ada Kaki pun tak apa, kerusi roda memang dah ada Si Otak kurang cergas hari itu kerana terlupa akan sarapan OK lah. Up to you lah Hati, terus mengarah si Kaki untuk berjalan Dengan tujuan hendak menghancurkan si Kaki kerana dendam si Hati Si Hati terus menerus meracuni si Otak untuk mengarah Si Kaki ke tebing Dengan harapan supaya si Kaki akan terjatuh dan kaki nya akan patah terkehel Si Kaki terus berjalan mengikut kehendak semua nya dan tidak berprasangka apa-apa Di lampui batas tebing, si Kaki rebah dan seluruh badan terjatuh ke dalam gaung Kepala terhantuk ke batu dan si Otak mendapat cedera yang membawa maut Takala di saat-saat penghabisan, si Otak menyesal terlajak perbuatan Hati mengatakan kepuasan kerana dapat menghancurkan si Kaki saat-saat terakhir, si Hati tetap dengan pendirian legam nya Si Kaki meredhai terhadap segala yang berlaku pada nya Di saat terakhir dia berdoa & bersyukur kepada Tuhan Dengan kehendakNya, si Kaki di hidupkan kembali Pada suatu badan dan jasad yang lain pula Untuk berbakti kepada Tuhan Yang Esa Membawa kemana saja badan itu Dengan mengikut kehendakNya Dan pilihanNya jasad murni Si Otak, Hati dan Kaki Pada satu badan Pada satu kata UntukNya jua Satu Hati